Pengenalan
Stevia
Stevia merupakan 150 spesies herba daripada
keluarga bunga matahari (Astereacea). Ia secara rasminya ditemui pada kurun
ke-19 oleh Dr.Moises Santiago Bertoni. Beliau menamakannya sebagai Stevia
Rebaudiana Bertoni sebagai penghormatan kepada ahli kimia Paraguay. Ia
merupakan tumbuhan yang berasal daripada kawasan tropika dan sub-tropika di
Amerika Selatan dan Amerika Tengah. Stevia yang digunakan secara meluas sebagai
pemanis adalah stevia dari spesies Rebaudiana. Ia juga dikenali sebagai
sweetleaf, sugarleaf atau sweet herb.
Ia merupakan sejenis tumbuhan herba berbatang
lembut. Untuk menanamnya, medium yang digunakan adalah dari jenis poros supaya
tiada air yang akan bertakung selepas ia disiram. Daunnya berbentuk bujur,
batangnya halus dan bergerutu. Dalam keadaan optimum Stevia boleh mencapai
ketinggian sehingga 1 meter atau lebih. Ia mengeluarkan bunga kecil warna
putih.
Kegunaan
Stevia
Kegunaan Stevia sebagai pemanis mula disedari oleh
orang Eropah pada kurun ke-16. Sejak itu ia mula digunakan dengan meluas di
Eropah sehinggalah dibawa ke Asia. Walaubagaimanapun kajian terhadap Stevia
hanya mula dilakukan pada kurun ke-19 apabila para pengkaji di Brazil mendengar
cerita yang sehelai daun Stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan juga
secawan teh herba yang kelat. Ia mula dikaji oleh seorang ahli botani Paraguay
yang bernama Moises S.Bertoni yang kemudiannya menulius antara artikel-artikel
awal mengenai Stevia pada awal kurun ke-19.
Ciri yang paling unik mengenai Stevia ialah ia
merupakan pemanis semulajadi yang tidak mengandungi kalori. Ciri ini telah
menarik minat para pengkaji untuk menjalankan kajian terhadap Stevia. Kajian
terhadap toksidnya,mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu
Steviosid tidak toksid.
Khasiat
Stevia
-Mengimbangi kandungan gula dalam badan.
-Menurunkan kadar gula yang terdapat di dalam darah
sesuai untuk pesakit diabetes dan hypoglycemia.
-Melawaskan pembuangan air kencing.
-Meningkatkan kadar tenaga di dalam tubuh
badan.
-Melicinkan dan memutihkan kulit serta awet
muda.
-Membantu sistem penghadaman makanan.
Kelebihan
Stevia
Kandungan utama yang menyebabkannya rasa manis
adalah bahan steviosides yang tidak mengandungi toksik.
Steviosides yang diambil secara oral adalah
berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan ia mungkin boleh dipertimbangkan
sebagai bahan alternatif atau tambahan untuk pesakit darah tinggi.
Ujian terhadap kesan hipoglisemik glikosid
(kekurangan gula dalam darah) dalam stevia mendapati steviol tidak menghasilkan
glukosa, bermakna ia baik untuk penghidap diabetes / kencing manis.
Pengkaji Denmark mendapati hipoglisemik in vitro
yang dilakukan steviosid dan steviol berupaya menghasilkan insulin melalui
tindakan terus terhadap sel-sel beta.
Ada kajian menyatakan Stevia juga digunakan sebagai
tonik untuk jantung dan berfungsi menstabilkan tekanan darah serta degupan
jantung.
Ekstrak Stevia Rebaudiana yang bebas kalori atau
sifar kalori sesuai digunakan bahan ganti gula biasa bagi golongan yang
mengalami masalah obesiti yang ketagihan gula.
Dua kajian dilakukan oleh Purdue University's
Dental Science Research Group mendapati steviosides menghalang pembentukan plak
(karat) gigi dan membantu menghalang gigi berlubang (cavities).
KATAKAN TIDAK PADA GULA / "WHITE POISON"
FAKTA MENGENAI GULA
1. APAKAH GULA?
¾ Gula adalah karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber tenaga segera yang
mudah diserap oleh tubuh.
¾ Secara semula jadi, gula boleh didapati dalam makanan yang mengandungi
karbohidrat seperti nasi, mi, roti, pasta dan ubi-ubian. Gula juga terdapat dalam
buah-buahan, dalam bentuk fruktosa, dan susu, dalam bentuk laktosa.
¾ Selain terdapat dalam bentuk semula jadi, gula juga ditambah ke dalam
makanan semasa pemprosesan yang dikenali sebagai gula tambahan atau free
sugar.
2. APAKAH SARANAN PENGAMBILAN GULA TAMBAHAN?
WHO (2003) menyarankan pengambilan gula tambahan tidak melebihi 10% daripada
jumlah tenaga harian. Oleh itu, bagi orang dewasa, purata pengambilan gula
tambahan yang disarankan adalah tidak melebihi 10 sudu teh sehari (50g).
3. APAKAH CORAK PENGAMBILAN GULA DI MALAYSIA?
¾ Berdasarkan Kajian Pengambilan Makanan di Kalangan Orang Dewasa Malaysia
2002/2003, pengambilan gula yang ditambah dalam minuman di kalangan orang
dewasa ialah sebanyak 7 sudu teh sehari (51g) iaitu 4 sudu teh (21g) gula pasir
dan 3 sudu teh (30g) susu pekat manis.
¾ Berdasarkan jumlah penduduk seramai 28.31 juta pada tahun 2009 dan
pengedaran gula domestik sebanyak 806,381.88 metrik tan, pengambilan gula
per kapita sehari pada tahun 2009 adalah 78 gram atau 16 sudu teh sehari atau
16% daripada keperluan tenaga sehari bagi orang dewasa. Jika dicampurkan gula
domestik dan gula industri iaitu 1,281,183.04 metrik tan pada tahun 2009,
pengambilan gula per kapita sehari adalah 124 gram atau 25 sudu teh sehari
atau 25% daripada keperluan tenaga sehari bagi orang dewasa.
4. APAKAH KESAN PENGAMBILAN GULA SECARA BERLEBIHAN?
¾ Pengambilan gula yang berlebihan boleh mengakibatkan pengambilan tenaga
yang berlebihan.
¾ Pengambilan tenaga harian yang berlebihan dalam jangka masa yang
panjang boleh meningkatkan berat badan dan menyebabkan obesiti. Keadaan
ini akan menjadi lebih serius sekiranya diet harian adalah tinggi lemak dan
kurangnya aktiviti fizikal yang dilakukan.
¾ Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (National Health and Morbidity
Survey, NHMS) III, 2006 mendapati 29.1% orang dewasa di Malaysia
berlebihan berat badan 14.0% pula obes. Ini telah menunjukkan peningkatan
berbanding NHMS II, 1996 iaitu masing-masing 16.0% (berlebihan berat
badan) dan 4.0% (obes).
¾ Prevalens pesakit diabetes dalam kalangan penduduk yang berumur lebih
daripada 30 tahun juga telah meningkat daripada 6.3% pada tahun 1996
(NHMS II) kepada 14.9% pada tahun 2006 (NHMS III).
¾ Gula juga boleh dikaitkan dengan pembentukan karies gigi (dental caries).
Data dari Kementerian Kesihatan menunjukkan kadar karies gigi di kalangan
kanak-kanak berumur 5 tahun adalah 76.5% (2005) dan 80.9 % dalam
kalangan kanak-kanak yang berumur 6 tahun (1997).
5. TIPS MENGURANGKAN GULA
☺ Minumlah air kosong berbanding minuman manis seperti air berkarbonat atau
air sirap dan kordial.
☺ Pilih atau sediakan kuih dan kek yang rendah kandungan gula.
☺ Gantikan manisan seperti kuih dan kek dengan pilihan yang lebih sihat seperti penggunaan stevia.
☺ Kurangkan kekerapan mengambil makanan yang bergula.
☺ Elakkan mengambil makanan yang bergula di antara waktu makan utama dan
sebelum tidur.
☺ Semak kandungan gula pada senarai ramuan sesuatu produk makanan.
Sekiranya gula tersenarai di bahagian awal senarai ramuan, ini menunjukkan
gula merupakan komponen utama makanan tersebut.
☺ Hadkan pengambilan gula atau susu pekat manis atau susu isian pekat manis
kepada 1 sudu teh sahaja untuk setiap cawan minuman.
☺ Minta untuk kurangkan gula atau susu pekat manis atau susu isian pekat
manis semasa memesan minuman.
☺ Periksa kandungan gula dalam label minuman.
☺ Elak mengambil minuman yang bergula di antara hidangan utama dan
sebelum waktu tidur.
ANTARA PENYAKIT TENTANG GULA YANG SERINGKALI KELUAR DI DADA-DADA AKHBAR MALAYSIA
Saya rasa bukan saya sahaja yang tahu keburukan pengambilan gula ini, malah satu dunia tahu bahaya pengambilan gula ini yg di anggap "WHITE POISON"
Oleh itu, pengambilan STEVIA amatlah baik untuk mengantikan gula dalam makanan dan minuman. Kerana Stevia ini diperakui di seluruh dunia atas keberkesanannya dalam menangani masalah kesihatan di akibatkan oleh Gula.
Untuk maklumat lanjut tentang Stevia atau bagaimanakah ingin mencari produk Stevia ini. anda boleh layari satu blog yg saya kenali ini. Produk beliau memang amat berkesan kerana saya sekarang menggunakan produk tersebut untuk nenek saya pengidap kencing manis, Sakit buah pingang dan Tekanan darah tinggi. Saya adalah Customer tetap mereka.












Tiada ulasan:
Catat Ulasan